Tuesday, July 29, 2008

Sambungan Fikirkan sejenak.....

Salam sejahtera, semoga anda semua dalam keadaan ceria.

ok, hari ni saya akan sambung artikel saya yang lepas. Samada soalan tersebut berkaitan dengan ujian personaliti atau tidak, tidaklah pula diketahui. Tetapi apa pun jawapan anda, tiada jawapan betul atau salah kerana setiap jawapan mempunyai alasan yang tersendiri.

Misalnya, mungkin anda patut pilih orang tua yang sedang tenat itu kerana dia seorang tua dan sedang tenat. Kalau difikir-fikir pula, orang tua pasti akan mati juga. Atau mungkin doktor yang telah menyelamatkan anda... kerana inilah masanya anda membalas budi beliau. Aah.... esok-esok pun boleh. Banyak lagi masa. Atau, ahaa.... inilah peluang terbaik untuk anda kerana orang yang anda idam-idamkan selama ini didepan mata.....

Tahukah anda, daripada 200 orang calon, satu-satunya pekerja yang berjaya tidak pun menerangkan jawapannya. Pekerja tersebut selamba je menulis jawapannya seperti berikut:

Bagi kunci kereta kat doktor tu, pas tu suruh dia bawak orang tua yang sedang tenat tadi ke hospital. Sementara saya duduklah dengan perempuan/lelaki idaman saya sementara kami menunggu bas!

Jadi macam mana? Pasti anda mengatakan jawapan tersebutlah yang paling tepat kan? Saya sendiri juga tidak terfikirkan jawapan sedemikian pada mulanya.

Moral daripada cerita ini ialah, kadang-kadang kita patut melepaskan kelebihan yang ada pada diri kita (dalam kes ni kereta lah) untuk itu kita pasti akan memperolehi kembali keuntungan/kelebihan yang lebih besar, dengan syarat ketepikan segala kedegilan, keegoan dan segala macam halangan yang kita sendiri menciptanya. Dan.... untuk kita melepaskan kelebihan yang ada pada diri kita tidaklah semudah yang disangkakan . Tanpa kekuatan diri yang benar2 teguh kita tidak mampu untuk melakukannya. Melainkan dengan kesabaran dan kebijaksanaan akal fikiran. Yang penting jangan sesekali membiarkan emosi menguasai diri. Jumpa lagi!

7 comments:

Anonymous said...

Pada mulanya saya sekadar baca saja blog ni. Tapi bila diamati.. ada bagus juga klu saya mula jalin persahabatan dgn mencari kekuatandiri.blogspot.com. Ada yg menarik bg org yg suka pada motivasi... bermain dgn minda, dgn akal fikiran. Jemputlah lawat ke blog saya (umur blog kita sebaya)http://www.Fasiview.blogspot.com

p/s:blh tak saya nak link blog ni dr blog saya?

rinnie said...

Apa khabar fasiview. Terima kasih kerana sudi singgah di blog saya. Nak link kan blog? Boleh. Selamat berkenalan.

rinnie said...

Alamak, sori fasiha.tersilap type la.Dah terpublished plak.Sebenarnya nak type fasiha bukan fasiview!

Anonymous said...

Salam perkenalan. Singgah senbentar. Menariklah blog ni..teruskan menulis..

rinnie said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Hehehe....itu namanya pentingkan diri sendiri. Bg kunci pd doktor dan suruh doktor bawa ke hospital dan diri sendiri jumpa org yg tersayang.
Mungkin doktor itu juga perlu pulang kerumah secepat mungkin sebab kena on call, may be dia dah penat, maybe nak cepat2 jumpa anak dan isteri.....tpi kita pula yg suruh dia pi hantar org tua kat hospital........
Adakah ini pentingkan diri sendiri namanya atau bijak dalam membuat tindakan...hehehe...sorry saja berkongsi pandangan

rinnie said...

Hai Ktom. Sebenarnya 'suruh' yang dimaksudkan bukanlah menyuruh. Ianya lebih kepada tanggungjawab seorang yang lebih pakar (doktor), kerana syaratnya hanya seorang yang boleh dibawa masuk dalam kereta termasuk pemandunya.Anyway, thanks atas pendapat Ktom.:)