Monday, August 25, 2008

Kerja 'Government' Lebih Menjamin?

Salam Sejahtera dan salam ceria. Kali ini masih menyentuh berkenaan kerja.
Saya ingin meminta pendapat para pembaca semua. Kenapa agaknya kalangan ibubapa terutama sekali ibubapa yang  tergolong dalam kategori agak 'vateren' menganggap selagi belum dapat kerja dengan government, selagi tulah mereka menganggap anak mereka masih belum mempunyai pekerjaan tetap/menjamin  ya? Walhal, walaupun dengan sijil SPM sahaja (atau mungkin lebih rendah) pendapatan yang diperolehi memang lumayan. Apatah lagi kalau berniaga.
Ok. Lupakan dulu tentang melanjutkan pelajaran sehingga ke peringkat yang paling tinggi. Isunya di sini, katalah seseorang itu mempunyai Ijazah dalam apa jua bidang dan memperolehi keputusan yang cemerlang. Tetapi dia tidak dapat pekerjaan setaraf dengan kelayakkannya. Oleh kerana dah mohon pelbagai jawatan tapi tidak berjaya, maka hamba Allah ni pun apply la kerja di Mc D ke, KFC atau apa-apa je lah pekerjaan halal yang tidak setaraf dengan kelayakkan. Tetapi sebab usaha yang gigih, maka makin lama income pun makin bagus dan mungkin dah jadi Manager pun. Tetapi masih juga ada suara-suara bertanyakan soalan "tak cuba minta kerja government ke?".
Kepada mereka yang melalui situasi ini, jika anda memang gembira dan selesa dengan kerja yang dilakukan, pekakkan telinga dan butakan mata. Cuma mungkin jika pertanyaan seperti ini datangnya daripada ibubapa atau orang yang kita hormati, jawablah dengan penuh hemah dan bijaksana. Semoga rezeki yang diperolehi lebih diberkati.

Wednesday, August 20, 2008

Jujur Dalam Pekerjaan.

Salam sejahtera. Semoga anda semua dalam keadaan ceria sentiasa.

Matlamat menghalalkan cara? Sanggupkah anda melakukannya? Sama ada anda seorang pelajar (yang mungkin akan meniru agar lulus dengan cemerlang), anda seorang pekerja (yang mungkin sanggup untuk menjatuhkan kawan sepejabat untuk mendapat perhatian daripada ketua), anda seorang kawan baik ( yang sanggup memburuk-burukkan kawan sendiri kerana cemburu) atau anda seorang salesmen/salesgirl ( yang sanggup menipu untuk melariskan jualan dan berbangga sebagai top salesman/salesgirl). Malah dalam realiti kehidupan hari ini, ada yang lebih dasyat lagi sehingga sanggup membunuh. Na'uzubillah.

 Rezeki kita, Allah yang memberikannya. Tidak perlu kita risau sekiranya memang kita berusaha. Kejayaan akan menyusul tiba. Mereka yang berjaya dengan mengambil jalan singkat itu, kelihatannya mungkin bahagia. Persoalannya, berkatkah rezeki mereka itu? Rezeki yang berkat walaupun sedikit akan sentiasa cukup. Tidak kurang dan tidak juga lebih. Berpesanlah kita sesama kita. Ingatlah, kalau jujur, tak rugi.......

Sunday, August 17, 2008

Blog Mencari Kekuatan Diri Sudah Mula Diterima.

Salam sejahtera. Semoga anda semua dalam keadaan yang ceria sentiasa.

Hari ini saya ingin berkongsi rasa gembira kepada para pembaca semua kerana buat pertama kalinya (sejak kewujudan blog ini) blog mencari kekuatan diri telah berjaya menduduki tangga teratas dalam enjin pencarian Google. Walaupun belum menghasilkan income yang hebat daripada blog ini, tetapi sebagai newbie  dalam arena blogger, perkembangan ini adalah sesuatu yang sangat memberi motivasi. Terima kasih kepada para pelawat yang sudi singgah di blog mencari kekuatan diri ini. Saya tidak tahu berapa lama keadaan ini akan bertahan, yang pasti blog mencari kekuatan diri sudah mula diterima. Sekali lagi, terima kasih kepada pembaca blog ini. Kehadiran anda semua amat dihargai. Semoga blog ini akan terus berkembang dan dapat memberi manfaat kepada semua.

Wednesday, August 13, 2008

Lupakan Kesedihan Itu.

Salam sejahtera.



Terlebih dahulu maaf kerana agak lama tidak updatekan blog ini.Walaupun mungkin hanya ada sorang dua je yang singgah ke blog nie (terima kasih kerana sudi bertandang), memandangkan blog ni masih baru. Tapi insya-Allah selepas ini saya akan cuba mengupdatekan blog ini sekerap yang mungkin dan meningkatkan lagi jumlah pelawat.

Dengan itu, saya ingin ajukan satu soalan, adakah hari ini semuanya berjalan dengan lancar?Ya? Alhamdullillah. Tidak? Kenapa? Biar saya teka.....
Kerana apa yang anda perolehi tidak seperti apa yang anda harapkan. Apabila itu berlaku maka anda pun sedikit dalam keadaan yang stress dan sedih. Betul? Jadi, bila keadaan ini berlaku, jangan diingat sangat perkara yang tidak mengembirakan itu. Ingatlah firman Allah seperti yang tertulis dalam surah Al-Baqarah ayat 216, bermaksud;

" boleh jadi kamu benci akan sesuatu sedangkan ia lebih baik bagimu, Dan boleh jadi kamu kasihi sesuatu sedangkan ia tidak mendatangkan kebaikkan untukmu. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui tetapi kamu tidak mengetahui.........."

Percayalah Allah itu sentiasa mahukan yang terbaik bagi hambanya. Redhalah  atas hasil yang anda perolehi setelah berusaha dengan sebaik mungkin tetapi masih berada di takuk lama.Kadang-kadang apa yang kita lalui (semestinya perkara-perkara yang kita tidak mahu ia terjadi dalam hidup kita), sebenarnya membawa kepada apa yang kita inginkan dalam hidup kita.

Kita memohon untuk diberikan kekuatan menghadapi kehidupan, lalu kita diberikan segala kepayahan untuk kita atasi agar kita menjadi lebih kuat dan tabah. Kita memohon untuk diberikan kesenangan, lalu kita diberikan 1001 masalah untuk diselesaikan dengan itu masalah, bukanlah lagi masalah besar kepada kita apabila ia datang kepada kita. Dan kita memohon untuk kemewahan, lalu kita dianugerah nikmat yang paling besar iaitu otak untuk kita berfikir dan kesihatan agar kita boleh berusaha menggunakan segala kudrat yang ada.

Ya, sesungguhnya walaupun kita tidak dapat apa yang kita inginkan, tatapi ingatlah kita telahpun menerima apa yang kita perlukan. Bersyukurlah dengan nikmat yang ada. Jika anda berusaha dan teruskan berusaha pasti anda akan memperolehi apa yang anda ingini.

P/s : Enjoy lagu....