Thursday, October 4, 2012

Salam ceria....
Dah lama sangat rasanya tak menjenguk blog ni...Kini ku kembali... hehe...InsyaAllah akan konsisten kali ini...

Sunday, March 27, 2011

Kata Mutiara

sekadar mahu berkongsi... 3 perkara yang menyebabkan kebahagiaan itu sukar dicapai;
pertama: orang yang suka merungut kedua: orang yang suka menyalahkan orang lain ketiga:orang yang suka menyalahkan diri sendiri
renung2kan lah.......

Sunday, February 20, 2011

Mengadulah KepadaNya...

Kadang2 perasaan sedih datang secara tiba2 apabila kita teringat kembali masa2 lalu yang mengguris perasaan..... Terasa lebih sayu bila kita tidak dapat berkongsi kesedihan yang dirasai dengan orang lain..... Orang lain di sini, sama ada kawan baik kita yang boleh kita percayai..... atau mungkin ibu kita... atau sesiapa saja yang boleh kita bercerita masalah kita kepadanya.
Mungkin mereka berada beribu-ribu batu jauhnya daripada kita atau mungkin ada sebab lain yang menyebabkan kita tidak dapat menghubungi mereka....
Apa pun.... apabila melalui saat-saat sukar dalam kehidupan kita seorang diri...... ingatlah ... Allah sentiasa ada si sisi kita.....





Bermusahabahlah dan mengadulah kepadaNya.... Insya-Allah... akan ada jalan penyelesaian dan dikurangkan beban yang tertanggung di bahu kita.....

Tuesday, March 23, 2010

Semangat yang Hilang

            Bagaimana untuk menghadapi keadaan di mana kita telah dikhianati oleh orang yang kita percaya?. Orang itu boleh jadi kawan baik kita, pasangan kita atau sesiapa sahaja yang ada disekeliling kita yang kita kenal pastinya. Cuma mungkin sekiranya orang tersebut lebih rapat dan sangat kita percayai... tamparannya lebih hebat.

           Biasanya, antara persoalan yang akan bermain di minda kita ialah," apa salah aku?" dan "kenapa perkara begini berlaku pada aku?".

Pertama sekali, tenangkan diri kita. ambil masa untuk berfikir dan muhasabah diri. Kalau menangis itu dapat mengurangkan tekanan yang anda hadapi , maka menangislah. Atau mungkin anda boleh meluahkan perasaan anda kepada seseorang. Tapi ingat! Bukan semua orang. Pastikan orang yang tersebut seorang yang boleh dipercayai dan dapat membantu anda mengurangkan masalah anda dan bukannya menambahkan lagi masalah.

Kedua, setelah berfikir dan bermuhasabah diri, belajarlah menerima hakikat bahawa diri kita telah dikhianati. Ini sangat penting kerana selagi kita tidak dapat menerima hakikatnya.... kita akan berada dalam keadaan yang tertekan kerana kita cuba untuk menafikan apa yang telah berlaku dalam hidup kita. Dengan kata lain ... redha... dan anggaplah ini adalah ujian dari Allah untuk kita.

Ketiga, bangkit dengan kadar segera (jangan mengambil masa yang terlalu lama untuk mengembalikan semangat yang telah hilang). Mungkin lebih mudah untuk mengatakan dari mengotakan. Tapi kenapa harus terus-terusan menangisi perkara yang telah berlaku?.  Anda berhak untuk hidup ceria.

Akhir sekali ... berfikiran positif sentiasa. Pada mulanya tentulah agak sukar..... tapi dengan usaha... anda pasti boleh.

Pilihan ditangan anda.... kalau ceria itu lebih bermakna... kenapa mesti berduka? .......