Bagaimana untuk menghadapi keadaan di mana kita telah dikhianati oleh orang yang kita percaya?. Orang itu boleh jadi kawan baik kita, pasangan kita atau sesiapa sahaja yang ada disekeliling kita yang kita kenal pastinya. Cuma mungkin sekiranya orang tersebut lebih rapat dan sangat kita percayai... tamparannya lebih hebat.
Biasanya, antara persoalan yang akan bermain di minda kita ialah," apa salah aku?" dan "kenapa perkara begini berlaku pada aku?".
Pertama sekali, tenangkan diri kita. ambil masa untuk berfikir dan muhasabah diri. Kalau menangis itu dapat mengurangkan tekanan yang anda hadapi , maka menangislah. Atau mungkin anda boleh meluahkan perasaan anda kepada seseorang. Tapi ingat! Bukan semua orang. Pastikan orang yang tersebut seorang yang boleh dipercayai dan dapat membantu anda mengurangkan masalah anda dan bukannya menambahkan lagi masalah.
Kedua, setelah berfikir dan bermuhasabah diri, belajarlah menerima hakikat bahawa diri kita telah dikhianati. Ini sangat penting kerana selagi kita tidak dapat menerima hakikatnya.... kita akan berada dalam keadaan yang tertekan kerana kita cuba untuk menafikan apa yang telah berlaku dalam hidup kita. Dengan kata lain ... redha... dan anggaplah ini adalah ujian dari Allah untuk kita.
Ketiga, bangkit dengan kadar segera (jangan mengambil masa yang terlalu lama untuk mengembalikan semangat yang telah hilang). Mungkin lebih mudah untuk mengatakan dari mengotakan. Tapi kenapa harus terus-terusan menangisi perkara yang telah berlaku?. Anda berhak untuk hidup ceria.
Akhir sekali ... berfikiran positif sentiasa. Pada mulanya tentulah agak sukar..... tapi dengan usaha... anda pasti boleh.
Pilihan ditangan anda.... kalau ceria itu lebih bermakna... kenapa mesti berduka? .......
4 comments:
salam jumaat
terima kasih sudi ziarah teratak saya
terima kasih ju atas entry mengembalikan keluatan ini..
Terima kasih kembali.... silalah singgah lagi...:)
salam...sy amat t'tarik dengan isi2 mencari kekuatan diri ini...memang kini sy amat buntu...buntu kerana terasa seperti insan yg amat sy sy semakin kurang mengasihi...terasa seperti si dia sudah tawar hati...ya Allah...sy mengimpikan sebuah p'hubungan yg indah...tp sy takut kehilangannya...itulah kelemahan sy...bantulah sy mencari kekuatan diri...-ayoi-
ayoi... pertama sekali maaf kerana terlambat memberi respon.kedua, terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya...ketiga, saya saya bukan seorang pakar... cuma menulis berdasarkan pemerhatian, pembacaan dan pengalaman orang2 disekeliling dan diri sendiri....jadi harap ayoi dapat mempelajari sesuatu yang boleh membawa kebaikan pada kehidupan daripada entri2 yang saya telah dan akan paparkan... semoga dapat mencari kekuatan diri seperti yang diharapkan insya-Allah.
Post a Comment