Tuesday, July 29, 2008

Sambungan Fikirkan sejenak.....

Salam sejahtera, semoga anda semua dalam keadaan ceria.

ok, hari ni saya akan sambung artikel saya yang lepas. Samada soalan tersebut berkaitan dengan ujian personaliti atau tidak, tidaklah pula diketahui. Tetapi apa pun jawapan anda, tiada jawapan betul atau salah kerana setiap jawapan mempunyai alasan yang tersendiri.

Misalnya, mungkin anda patut pilih orang tua yang sedang tenat itu kerana dia seorang tua dan sedang tenat. Kalau difikir-fikir pula, orang tua pasti akan mati juga. Atau mungkin doktor yang telah menyelamatkan anda... kerana inilah masanya anda membalas budi beliau. Aah.... esok-esok pun boleh. Banyak lagi masa. Atau, ahaa.... inilah peluang terbaik untuk anda kerana orang yang anda idam-idamkan selama ini didepan mata.....

Tahukah anda, daripada 200 orang calon, satu-satunya pekerja yang berjaya tidak pun menerangkan jawapannya. Pekerja tersebut selamba je menulis jawapannya seperti berikut:

Bagi kunci kereta kat doktor tu, pas tu suruh dia bawak orang tua yang sedang tenat tadi ke hospital. Sementara saya duduklah dengan perempuan/lelaki idaman saya sementara kami menunggu bas!

Jadi macam mana? Pasti anda mengatakan jawapan tersebutlah yang paling tepat kan? Saya sendiri juga tidak terfikirkan jawapan sedemikian pada mulanya.

Moral daripada cerita ini ialah, kadang-kadang kita patut melepaskan kelebihan yang ada pada diri kita (dalam kes ni kereta lah) untuk itu kita pasti akan memperolehi kembali keuntungan/kelebihan yang lebih besar, dengan syarat ketepikan segala kedegilan, keegoan dan segala macam halangan yang kita sendiri menciptanya. Dan.... untuk kita melepaskan kelebihan yang ada pada diri kita tidaklah semudah yang disangkakan . Tanpa kekuatan diri yang benar2 teguh kita tidak mampu untuk melakukannya. Melainkan dengan kesabaran dan kebijaksanaan akal fikiran. Yang penting jangan sesekali membiarkan emosi menguasai diri. Jumpa lagi!

Thursday, July 24, 2008

Fikirkan sejenak.......

Sebenarnya... 'permasalahan' ni kawan saya yang kongsikan. Saya rasa ia amat berguna sekali untuk kita fikirkan bersama. Mungkin anda pernah dengar, mungkin tidak.

Begini, ada sebuah syarikat besar sedang mencari pekerja. Semua calon dikehendaki menjawab satu soalan. Soalannya;

Disuatu malam yang gelap beserta hujan yang lebat dan angin yang kencang, anda sedang memandu kereta melalui satu perhentian bas. Di perhentian bas tersebut, terdapat tiga orang yang sedang menunggu bas;
    a) Seorang tua yang sedang tenat
    b) Doktor yang pernah menyelamatkan nyawa anda
    c) Seorang perempuan/lelaki yang anda idamkan sekian lama untuk berkahwin dengannya
Anda hanya dibenarkan membawa seorang penumpang sahaja. Siapakah yang anda akan pilih? Terangkan mengapa?


Saya akan memberikan jawapannya pada post yang akan datang......renung-renungkan!

Wednesday, July 16, 2008

Bila Dunia Terasa Gelap.....

~Salam~

Pernahkah terjadi terhadap diri anda, apabila pada suatu saat disampaikan dengan satu berita yang amat mengejutkan sehingga jantung seperti berhenti berdenyut untuk seketika dan mungkin juga kita hampir pitam semasa mendengarnya?.....

Sebagai contoh, ayah kesayangan yang sihat walafiat yang selama ini tempat anda dan keluarga bergantung harap telah pergi selamanya akibat kemalangan jalanraya padahal baru setengah jam tadi sahaja anda berdua berbual mesra bercerita tentang masa lalu dan saat-saat manis bersama ahli keluarga yang lain! Ibu pula seorang suri rumah sedangkan anda; anak sulung berada di tahun pertama di IPT dan adik-adik seramai 5 orang lagi semuanya masih belajar....

atau senario dimana mungkin kebanyakkan kita pernah mengalaminya.......
Kekasih hati yang dipuja, disayangi dan yang paling penting dipercayai sepenuh hati selama ini rupanya dalam diam bercinta pula dengan orang lain.....orang yang anda kenal pulak tu! Hmmmm.....


Senario diatas hanyalah salah satu contoh yang biasa terjadi pada orang2 disekeliling kita, bahkan mungkin pernah terjadi pada diri anda sendiri. Perasaan terkejut, sedih dan mungkin juga keliru menguasai fikiran sehinggakan pada sesetengah kes perkara-perkara asas seperti makan dan minum sudah tidak terurus untuk satu jangka masa. "Satu jangka masa" tersebut sama ada sekejap, lama atau terlalu lama bergantung kepada berapa cepat semangat diri seseorang itu kembali padanya. Berapa cepat semangat diri untuk kembali itu pula bergantung kepada bagaimana cara anda menanganinya!

Keadaan ini mungkin berbeza sekiranya si ayah tadi meninggal dunia disebabkan sakit yang telah diketahui dan dihidapi mungkin 6 bulan atau setahun sebelumnya atau anda tidak meletakkan kepercayaan sepenuh hati kepada kekasih anda (percaya biar berpada-tidak kiralah anda lelaki atau wanita) kerana kita serba sedikit telah "prepared for the worst".

Akhir kata, semakin tinggi kita mengharapkan sesuatu perkara; semakin besar risikonya untuk kita patah semangat dan semakin lama masa diambil untuk kita mengembalikan semula semangat yang hilang. Namun begitu, bukan bermakna kita tidak boleh menaruh harapan yang tinggi terhadap sesuatu perkara, jika betul caranya dan kena gayanya tiada alasan untuk kita untuk tidak terlalu berharap. Yang penting, "never take things for granted". Hargailah apa yang anda ada dan orang-orang disekeliling anda!






Wednesday, July 9, 2008

Hari Pertama Bersama Mencari Kekuatan Diri....

Salam.

Akhirnya cita-cita saya tercapai juga untuk mempunyai blog sendiri. Diharap kawan-kawan blogger diluar sana sudi berkongsi pengalaman. Rasanya sudah tiba masanya untuk saya mempunyai blog sendiri setelah tercari-cari selama ini. walaupun nampak mudah, tapi bagi orang yang tidak biasa lagi dengan dunia internet seperti saya, ini adalah satu kejayaan.

Errmm... mungkin juga saya telah menjumpai kekuatan diri untuk membina blog sendiri ini.. :)
Salam Perkenalan.