Begini, ada sebuah syarikat besar sedang mencari pekerja. Semua calon dikehendaki menjawab satu soalan. Soalannya;
Disuatu malam yang gelap beserta hujan yang lebat dan angin yang kencang, anda sedang memandu kereta melalui satu perhentian bas. Di perhentian bas tersebut, terdapat tiga orang yang sedang menunggu bas;a) Seorang tua yang sedang tenatb) Doktor yang pernah menyelamatkan nyawa andac) Seorang perempuan/lelaki yang anda idamkan sekian lama untuk berkahwin dengannyaAnda hanya dibenarkan membawa seorang penumpang sahaja. Siapakah yang anda akan pilih? Terangkan mengapa?
Saya akan memberikan jawapannya pada post yang akan datang......renung-renungkan!
1 comment:
Ktom akan memilih org tua yg tenat meskipun mengabaikan org yang kita idamkan untuk berkahwin dan orang yang pernah menyelamatkan Ktom sebabnya :-
1. Masih ada harapan utk menyelamatkan org tua itu. Suruh doktor yang pernah menolong tu turut menolong orang tua itu dan minta tolong pemuda itu megangkat ke dlm kereta utk dibawa ke rumah sakit.
Doktor itu mungkin sedang menunggu isteri, kawan, anak dtg ambil. Jika tidak di jemput pun dia masih boleh berusaha ( masih sihat )naik bas atau menumpang org lain.
Dan berhubung dengan lelaki tu.....jika ada jodoh tidak akan ke mana pun....
TQ
Post a Comment