Salam sejahtera.
Terlebih dahulu maaf kerana agak lama tidak updatekan blog ini.Walaupun mungkin hanya ada sorang dua je yang singgah ke blog nie (terima kasih kerana sudi bertandang), memandangkan blog ni masih baru. Tapi insya-Allah selepas ini saya akan cuba mengupdatekan blog ini sekerap yang mungkin dan meningkatkan lagi jumlah pelawat.
Dengan itu, saya ingin ajukan satu soalan, adakah hari ini semuanya berjalan dengan lancar?Ya? Alhamdullillah. Tidak? Kenapa? Biar saya teka.....
Kerana apa yang anda perolehi tidak seperti apa yang anda harapkan. Apabila itu berlaku maka anda pun sedikit dalam keadaan yang stress dan sedih. Betul? Jadi, bila keadaan ini berlaku, jangan diingat sangat perkara yang tidak mengembirakan itu. Ingatlah firman Allah seperti yang tertulis dalam surah Al-Baqarah ayat 216, bermaksud;
" boleh jadi kamu benci akan sesuatu sedangkan ia lebih baik bagimu, Dan boleh jadi kamu kasihi sesuatu sedangkan ia tidak mendatangkan kebaikkan untukmu. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui tetapi kamu tidak mengetahui.........."
Percayalah Allah itu sentiasa mahukan yang terbaik bagi hambanya. Redhalah atas hasil yang anda perolehi setelah berusaha dengan sebaik mungkin tetapi masih berada di takuk lama.Kadang-kadang apa yang kita lalui (semestinya perkara-perkara yang kita tidak mahu ia terjadi dalam hidup kita), sebenarnya membawa kepada apa yang kita inginkan dalam hidup kita.
Kita memohon untuk diberikan kekuatan menghadapi kehidupan, lalu kita diberikan segala kepayahan untuk kita atasi agar kita menjadi lebih kuat dan tabah. Kita memohon untuk diberikan kesenangan, lalu kita diberikan 1001 masalah untuk diselesaikan dengan itu masalah, bukanlah lagi masalah besar kepada kita apabila ia datang kepada kita. Dan kita memohon untuk kemewahan, lalu kita dianugerah nikmat yang paling besar iaitu otak untuk kita berfikir dan kesihatan agar kita boleh berusaha menggunakan segala kudrat yang ada.
Ya, sesungguhnya walaupun kita tidak dapat apa yang kita inginkan, tatapi ingatlah kita telahpun menerima apa yang kita perlukan. Bersyukurlah dengan nikmat yang ada. Jika anda berusaha dan teruskan berusaha pasti anda akan memperolehi apa yang anda ingini.
P/s : Enjoy lagu....
No comments:
Post a Comment