Monday, January 5, 2009

KEUTAMAAN...... FOKUS!

Salam ceria.
Kali ini saya ingin memperkatakan tentang FOKUS. Pernah dengar perkataan fokus? Faham apa maknanya? Simple tapi memberi kesan yang amat mendalam dalam kehidupan seharian. Kenapa agaknya ya? Dah fokus tapi takde beza pun cara kerja. Asyik buat kerja last minute jugak! Akhir sekali, kerja semuanya jadi separuh-separuh. Tak siap sepenuhnya. Tidak kira anda seorang pelajar atau pekerja hatta suri rumahtangga sekalipun, kalau anda berada dalam keadaan ini,  bermakna anda belum faham maksud sebenar perkataan fokus itu.
 Bagaimana untuk fokus dalam perkara yang kita lakukan? Mudah saja. Pertama, senaraikan perkara-perkara penting yang perlu diselesaikan segera mengikut urutan dan keutamaan. Kedua, tenangkan minda dan relaks kemudian selesaikan satu persatu dengan cepat tapi tidak tergea-gesa, dan tepat. Pada tahap inilah fokus itu amat-amat diperlukan. Fokus akan hilang dalam perkara yang kita lakukan sekiranya tumpuan kita terganggu dengan memikirkan tugasan-tugasan lain. Ingat, tumpukan kepada perkara yang anda sedang lakukan ... lupakan yang lain! Jika ditakdirkan ada tugasan lain diberikan pada masa anda sedang menyiapkan sesuatu perkerjaan, timbangkan sama ada tugasan tersebut dapat disiapkan segera ataupun mengambil masa untuk disiapkan. Jika hanya lima minit masa diperlukan untuk menyiapkan tugasan baru tersebut (contoh lah), jangan bertangguh. Siapkan segera dan teruskan dengan kerja yang sedang dilakukan tadi.
Setelah selesai, teruskan dengan tugasan yang lain. Mudahkan? Ingat... fokus!
p/s:
Masih blurr? Anda pernah melihat gambar 3D? Anda harus mencari gambar 3D jika tidak pernah melihatnya dan cuba sehingga berjaya melihat imejnya. Kalau pernah, aplikasikan dalam kehidupan konsep untuk melihat imej 3D tersebut (sudah tentulah kena fokus). Anda pasti tidak akan blurr lagi. Selamat mencuba dan semoga berjaya!

No comments: