Monday, August 25, 2008

Kerja 'Government' Lebih Menjamin?

Salam Sejahtera dan salam ceria. Kali ini masih menyentuh berkenaan kerja.
Saya ingin meminta pendapat para pembaca semua. Kenapa agaknya kalangan ibubapa terutama sekali ibubapa yang  tergolong dalam kategori agak 'vateren' menganggap selagi belum dapat kerja dengan government, selagi tulah mereka menganggap anak mereka masih belum mempunyai pekerjaan tetap/menjamin  ya? Walhal, walaupun dengan sijil SPM sahaja (atau mungkin lebih rendah) pendapatan yang diperolehi memang lumayan. Apatah lagi kalau berniaga.
Ok. Lupakan dulu tentang melanjutkan pelajaran sehingga ke peringkat yang paling tinggi. Isunya di sini, katalah seseorang itu mempunyai Ijazah dalam apa jua bidang dan memperolehi keputusan yang cemerlang. Tetapi dia tidak dapat pekerjaan setaraf dengan kelayakkannya. Oleh kerana dah mohon pelbagai jawatan tapi tidak berjaya, maka hamba Allah ni pun apply la kerja di Mc D ke, KFC atau apa-apa je lah pekerjaan halal yang tidak setaraf dengan kelayakkan. Tetapi sebab usaha yang gigih, maka makin lama income pun makin bagus dan mungkin dah jadi Manager pun. Tetapi masih juga ada suara-suara bertanyakan soalan "tak cuba minta kerja government ke?".
Kepada mereka yang melalui situasi ini, jika anda memang gembira dan selesa dengan kerja yang dilakukan, pekakkan telinga dan butakan mata. Cuma mungkin jika pertanyaan seperti ini datangnya daripada ibubapa atau orang yang kita hormati, jawablah dengan penuh hemah dan bijaksana. Semoga rezeki yang diperolehi lebih diberkati.

1 comment:

Anonymous said...

Inilah antara situasi yg paling membuat saya geram. Saya adalah pekerja swasta tetapi saya gembira dengan ilmu disini, saya gembira dengan kepayahan disini. Mungkin mereka yg tidak sependapat spt kita akan hairan apa yang dimaksudkan kegembiraan yg kita milikki. Gembira semestinya bermaksud sesuatu yang sentiasa diperolehi dengan jalan mudah. Ini banyak diperkatakan oleh ideologi usahawan. Saya cadangkan bacalah blog-blog berunsur pembangunan minda. Fikirkan kembali apa kata mereka. Team Flarebiz.com, imotivasi.com dll. Mereka ada cerita tersendiri mengenai hidup walau siapapun kita dan dengan pendapatan apapun kita hidup..